arowana selalunya akan bertelur sekali dalam setahun. Ia akan berlaku sepanjang tahun dan kemuncakknya ialah di bulan julai dan disember.
arowana mempunyai kelakuan yang unik sewaktu ia mula berpasangan. proses ini berlangsung selama beberapa minggu atau bulan sebelum ia mula berpasangan.
dalam proses ini, arowana jantan akan mengejar arowana betina di dalam kolam.. proses ini dapat kita lihat terutamanya di waktu malam ketika ikan ini berenang naik ke permukaan air. ikan jantan akan mengikut ikan betina di sebelah belakang atau kiri dan kanan ikan betina.
sekitar 1-2 minggu sebelum proses persenyawaan, ikan jantan dan betina akan berenang seiring dan dekat. bila tiba waktunya, ikan betina akan melepaskan sejumlah telur bewarna oren/jingga, proses persenyawaan ini berlaku di luar dan bukannnya di dalam badan seperti ikan ikan lain.. sebaik sahaja telur tersebut dilepaskan dan disenyawakan, ikan jantan akan menyimpan telur tersebut di dalam mulutnya selama 7-8 minggu sehingga kuning telur tersebut habis diserap oleh anak ikan tadi... selepas proses ini tamat, anak ikan akan dilepaskan ke dalam kolam
sebaik saja anak2 iakan tersebut dilepaskan ,ia hendaklah terus ditangkap dan dibela dalam kolam yang berasingan kerana risau menjadi mangsa / makanan kepada ikan atau binatang lain di sekitar kolam...tapi kalau ada kemudahan dan kemahiran nak bela sendiri telur tadi, bolehlah dikeluarkan dari mulut ikan jantan awal2 dan diletakkan dalam bekas berasingan...