i lioke huhu..
sekadar sharing
Firman Allah dalam surah al-Hujurrat ayat 10 yang bermaksud;
“Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat"
Sebahagian orang memiliki banyak ilmu agama, akan tetapi mereka tidak memelihara ilmu tersebut daripada unsur-unsur yang merosakkannya. Hasilnya, ilmu agama tersebut tidak meletakkan diri mereka kepada kedudukan yang sepatutnya, sebaliknya menjatuhkan diri mereka kepada kedudukan yang lebih rendah dan hina berbanding orang yang tiada ilmu agama. Oleh itu setiap Muslim yang berusaha untuk memahami agama perlu berwaspada dengan unsur-unsur yang boleh merosakkannya. Antara unsur-unsur tersebut adalah:
Unsur # 1: Ujub Dan Sombong.
“Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur lagi membanggakan diri.” [Luqman, ayat 18]
Unsur # 2: Meninggalkan khazanah para ulama’.
Unsur # 3: Bersikap keras terhadap orang lain.
“Maka dengan sebab rahmat dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu.
Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila engkau telah berazam maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepada-Nya.”
[Ali Imran, ayat 159]
Unsur # 4: Dengki.
Unsur # 5: Kebencian dan bersikap tidak adil.
“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.” [al-Maidah, ayat 8]
Unsur # 6: Gemar menggelar orang lain dengan gelaran negatif.
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu kumpulan (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan kumpulan lelaki yang lain, (kerana) mungkin kumpulan yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu kumpulan dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan kumpulan perempuan yang lain, (kerana) mungkin kumpulan yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka;
Unsur # 7: Suka berdebat.
“Saya menjamin satu rumah di pinggir syurga bagi orang yang meninggalkan perdebatan sekalipun dia benar, satu rumah di tengah syurga bagi orang yang meninggalkan penipuan sekalipun bergurau dan satu rumah di tempat tertinggi dalam syurga bagi orang yang baik akhlaknya.” [Riwayat Abu Daud dan dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Abu Daud (Maktabah al-Ma’arif, Riyadh 2000), hadis no: 4800]
Unsur # 8: Tidak menguasai perbezaan pendapat dan adab berbeza pendapat.
“Dan kalaulah Tuhanmu (wahai Muhammad) menghendaki, tentulah Dia menjadikan umat manusia semuanya menurut agama yang satu. (Tetapi Dia tidak berbuat demikian) dan kerana itulah mereka terus-menerus berselisihan. Tetapi orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanmu, (mereka bersatu di dalam agama Allah); dan untuk (perselisihan dan rahmat) itulah Allah menjadikan manusia.” [Hud, ayat 118-119]
Oleh itu perbezaan pendapat tidak boleh disifarkan, ia hanya boleh diurusi. Maka orang yang tidak menguasai pendapat yang berbeza-beza dan adab-adab untuk berbeza pendapat, terserlah pada dirinya sikap fanatik dan pelbagai lain yang negatif. Manakala orang yang menguasainya, terserlah pada dirinya sikap matang lagi positif.
Unsur # 9: Tidak takut kepada Allah.
Orang yang benar-benar berilmu adalah orang yang takut kepada Allah, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:
“Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (terhadap) Allah dari kalangan hamba-hamba-Nya hanyalah orang-orang yang berilmu.” [Fatir, ayat 28]
http://www.hafizfirdaus.com/ebook/HimpunanRisalah-5/tajuk%2016.htm