Arowana Shopzone
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


Perbincangan mengenai arowana dan sistem pawah kolam arowana
 
HomeLatest imagesSearchRegisterLog in

 

 Penternak Arowana, kemarau punca padi tak menjadi akibat kurang air

Go down 
5 posters
AuthorMessage
Rush

Rush


Posts : 24
Join date : 19/04/2010
Age : 34
Location : World

Penternak Arowana, kemarau punca padi tak menjadi akibat kurang air Empty
PostSubject: Penternak Arowana, kemarau punca padi tak menjadi akibat kurang air   Penternak Arowana, kemarau punca padi tak menjadi akibat kurang air Icon_minitimeMon Apr 19, 2010 9:12 pm

BAGAN SERAI: Tanaman padi di Semanggol dan Selinsing seluas kira-kira 4,742 hektar, dekat sini dikhuatiri musnah kerana kekurangan bekalan air berikutan paras Tasik Bukit Merah kini kritikal.

Petani dianggarkan kerugian lebih RM27 juta jika tanaman musim ini yang baru berusia kira-kira 30 hari musnah.
Mereka mendakwa penternak ikan air tawar terutama Arowana membabitkan 3,808 kolam di tanah sawah berdekatan yang mengambil air daripada terusan sama turut menjadi punca penurunan paras air.
Setiap hektar kolam Arowana dikatakan memerlukan air 10 kali ganda berbanding sawah bagi.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Pertanian Kerian, Datuk Zaili Cha, berkata Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kerian memaklumkan paras di Tasik Bukit Merah pada Jumaat lalu ialah 5.7 meter berbanding paras sepatutnya 6.6 meter.
Beliau yang juga Ketua Umno Bahagian Bagan Serai, berkata jika paras air tasik itu bertambah kritikal, air tidak dapat disalurkan ke sawah di Semanggol dan Selinsing dan kemungkinan juga di Bagan Serai, Beriah, Parit Buntar, Tanjung Piandang dan Kuala Kurau.

“Jika ini berlaku, berkemungkinan besar sawah kira-kira 17,258 hektar yang sepatutnya bermula sekarang tidak dapat diusahakan musim ini.
“Petani di Semanggol dan Selinsing dijangka kerugian RM27.27 juta berdasarkan pendapatan purata lima tan setiap hektar semusim dengan harga RM5,750 bagi lima tan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Kampung Semanggol, Rosli Sulaiman, berkata ada 77 pengusaha ternakan ikan air tawar termasuk Arowana di Semanggol, Selinsing, Tebuk Pancur dan Bukit Merah.

Katanya, 3,808 kolam membabitkan sawah 416 hektar menggunakan air Terusan Selinsing dan Bagan Serai, punca air yang sama untuk pesawah di Semanggol dan Selinsing.

“Pengusaha mengambil air dari terusan 24 jam sehari dengan banyak menggunakan antara empat hingga enam saluran paip.

“JPS perlu memantau dan mencabut paip air terutama yang dipasang secara haram bagi mencuri air dari terusan ini supaya bekalan ke sawah tidak terjejas.
“Kita sudah melaporkan kegiatan penternak ini kepada Pejabat Tanah dan Daerah Kerian, JPS dan Jabatan Pertanian Perak,” katanya.

Dan Yusof, 63, yang mengusahakan lapan hektar sawah bimbang padi berumur 25 hingga 30 hari akan musnah dalam dua minggu lagi.

Katanya, bekalan air yang masuk ke sawah sejak tiga minggu lalu amat sedikit dan tidak mencukupi bagi kesuburan tanaman padi.

“Kalau dua minggu lagi hujan tidak turun di hulu tasik, seperti Ijuk, Selama, Batu Kurau dan Pondok Tanjung dan air dari Tasik Bukit Merah makin surut, padi saya akan musnah,” katanya.

Ketua Kampung Kubu Gajah, Ahmad Sharif, 65, pula berkata, bekalan air tidak mencukupi mungkin juga kerana kemarau panjang di hulu tasik Bukit Merah.
Katanya, penurunan paras air itu juga menjejaskan padi Bagan Serai, Beriah, Parit Buntar, Tanjung Piandang dan Kuala Kurau.
Back to top Go down
xback_aro




Posts : 493
Join date : 17/01/2010
Age : 41
Location : putrajaya / bukit merah / danok

Penternak Arowana, kemarau punca padi tak menjadi akibat kurang air Empty
PostSubject: Re: Penternak Arowana, kemarau punca padi tak menjadi akibat kurang air   Penternak Arowana, kemarau punca padi tak menjadi akibat kurang air Icon_minitimeMon Apr 19, 2010 11:05 pm

erm...mcm² isu lani berkaitan kolam kelisa nie....paras air surut tu rasa disebabkan kemarau panjang tahun nie...bukan air tu kurang pasai ikan kelisa minum kot...lagipun air yang masuk ke kolam tu kan disalurkan balik ke tali air...
Back to top Go down
Admin
Admin
Admin


Posts : 718
Join date : 07/08/2009
Age : 41
Location : Bukit Merah

Penternak Arowana, kemarau punca padi tak menjadi akibat kurang air Empty
PostSubject: Re: Penternak Arowana, kemarau punca padi tak menjadi akibat kurang air   Penternak Arowana, kemarau punca padi tak menjadi akibat kurang air Icon_minitimeTue Apr 20, 2010 12:07 am

memang skrg air tasik bukit merah makin kurang walaupun hujan turun hari²
masalah besar gak ni
19hb april lepas ada mesyuarat persatuan penternak² arowana bahagian utara
harap² ada jalan penyelesaian Very Happy
Back to top Go down
http://arowana.yolasite.com
Rush

Rush


Posts : 24
Join date : 19/04/2010
Age : 34
Location : World

Penternak Arowana, kemarau punca padi tak menjadi akibat kurang air Empty
PostSubject: Re: Penternak Arowana, kemarau punca padi tak menjadi akibat kurang air   Penternak Arowana, kemarau punca padi tak menjadi akibat kurang air Icon_minitimeTue Apr 20, 2010 8:06 am

harap2 ada ler penyelesaian dia.....
ak nk melabur tp belum cukup lagi duit dia....
Back to top Go down
azumi_san63

azumi_san63


Posts : 14
Join date : 29/04/2010

Penternak Arowana, kemarau punca padi tak menjadi akibat kurang air Empty
PostSubject: Kemarau Di Kerian   Penternak Arowana, kemarau punca padi tak menjadi akibat kurang air Icon_minitimeFri Apr 30, 2010 10:27 am

Assallamuallaikum,
Skrg ni kemarau makin parah kat Kerian ni, ptg tadi telepon member kat pjbt lamer kat Bgn Serai, depa pun dok risau hujan tak menentu, kalau nak kata sebab kolam -kolam kat Bt. Merah ni pun tak leh juga, kemarau kan keje Tuhan, masing2 kene ingatlah. Kolam2 ni pun satu hal- depa main jek jer kat tali air tu, most farm depa design water system pakai gravity jer, air yg terpakai bukan kotor pun, drpd kolam ikan yg terkenal dgn sifat pembersihnya (arowana ler). Sepatutnya air tak terus disalur begitu saja ke "tali-air buang". sepatutnya depa yg dah kaya raya ni kene pikirlah water recycling technique (mcm dlm aquarium ler) yg byk di gunakan dinegara-negara maju. So tak lah air main buang jer.(Tebuk - Pakai - Buang). So kalau petani2 tu nak angin, tak kan main pekak telinga je. Rasa-rasanya depa farm yg besar2 ni ader ker nak menunjukkan inisiatif utk menukar sistem tu... (tenguk ler jln ladang kat sawah, rosak haram depa nak repair, tak dernye..) tepuk dada tanya ... zone kawasan penternakan ikan kelisa kat Bt. Merah sememangnya melibatkan kawasan yg kecil berbanding dengan keseluruhan sawah kat Kerian tetapi pengunaan air terutama melibatkan musim kering sememangnya akan menjejaskan petani jika tindakkan tidak di ambil , itu belum lagi melibatkan sebahagian besar kolam2 yang masih kosong, bayangkan jika semua kolam tu beroperasi sepenuhnya. Saya bukan nak komen, tetapi saya pernah terlibat dgn projek2 taliair kat Bt. Merah ni dan tahu sedikit sebanyak tentang situasi ini. Tahun lepas ada ura2 nak launch project mendalamkan Tasek Bt. merah tu (pasal banjir kat Alor Pongsu), tapi hingga skrg masih dlm peringkat kajian perunding, tak taulah, tgh gawat ni, project semua dah KIV, termasuk 4 projek besar yg telah ditender buat upgrading tali air pun telah batalkan. Makin teruklah petani2 disana. Kita di sini asyik dok kira untung (termasuklah aku yg melabur sama), depa petani ni lagi haru...
Back to top Go down
azumi_san63

azumi_san63


Posts : 14
Join date : 29/04/2010

Penternak Arowana, kemarau punca padi tak menjadi akibat kurang air Empty
PostSubject: Re: Penternak Arowana, kemarau punca padi tak menjadi akibat kurang air   Penternak Arowana, kemarau punca padi tak menjadi akibat kurang air Icon_minitimeFri Apr 30, 2010 10:38 am

Terdapat dua jenis tali air, air masuk dan air buang. Kene paham tu... kalau nak kata air tu dimasukkan semula ke tali air maksudnya ke tali air buang dan tak dimasukkan semula kesawah.
Back to top Go down
nam3701

nam3701


Posts : 135
Join date : 15/08/2009

Penternak Arowana, kemarau punca padi tak menjadi akibat kurang air Empty
PostSubject: Re: Penternak Arowana, kemarau punca padi tak menjadi akibat kurang air   Penternak Arowana, kemarau punca padi tak menjadi akibat kurang air Icon_minitimeSat May 01, 2010 12:35 am

azumi_san63 wrote:
Terdapat dua jenis tali air, air masuk dan air buang. Kene paham tu... kalau nak kata air tu dimasukkan semula ke tali air maksudnya ke tali air buang dan tak dimasukkan semula kesawah.

kurang paham la sistem in/out dia nie.. leh terangkan lebih lanjut tak?? ada penerangan bergambar lagi cantik.. tq.

'sharing is caring'
Back to top Go down
Admin
Admin
Admin


Posts : 718
Join date : 07/08/2009
Age : 41
Location : Bukit Merah

Penternak Arowana, kemarau punca padi tak menjadi akibat kurang air Empty
PostSubject: Re: Penternak Arowana, kemarau punca padi tak menjadi akibat kurang air   Penternak Arowana, kemarau punca padi tak menjadi akibat kurang air Icon_minitimeSat May 01, 2010 5:07 am

aku rasa masalah ni tak le teruk sangat
sebb skrg dekat Bukit Merah hari² dah hujan
sawah padi area sini pun aku tengok air penuh je dalam bendang
cuma paras air tasik bukit merah tu je yg membimbangkan skit
sama² ler kita berdoa
tapi kalau air banyak sangat pun susah
kesian lak penduduk² kampung yg duduk kat kawasan rendah tu
Back to top Go down
http://arowana.yolasite.com
azumi_san63

azumi_san63


Posts : 14
Join date : 29/04/2010

Penternak Arowana, kemarau punca padi tak menjadi akibat kurang air Empty
PostSubject: Re: Penternak Arowana, kemarau punca padi tak menjadi akibat kurang air   Penternak Arowana, kemarau punca padi tak menjadi akibat kurang air Icon_minitimeMon May 03, 2010 10:47 pm

Tali-air masuk (air bersih) = Air drpd tali air masuk ke bendang/ aro farm (contoh= Terusan selinsing dan Main Canal kat Bt. Merah tu.
Tali-air keluar (air terpakai) = Air drpd bendang/ aro farm ke parit buang-> sungai.
Back to top Go down
Admin
Admin
Admin


Posts : 718
Join date : 07/08/2009
Age : 41
Location : Bukit Merah

Penternak Arowana, kemarau punca padi tak menjadi akibat kurang air Empty
PostSubject: Re: Penternak Arowana, kemarau punca padi tak menjadi akibat kurang air   Penternak Arowana, kemarau punca padi tak menjadi akibat kurang air Icon_minitimeMon May 03, 2010 11:12 pm

air buang dari kolam ternakan arowana still boleh guna untuk sawah
tapi air buang dari sawah tak boleh guna untuk ternakan arowana
tapi still boleh guna untuk sawah lain

sama² ler kita fikirkan Very Happy
Back to top Go down
http://arowana.yolasite.com
azumi_san63

azumi_san63


Posts : 14
Join date : 29/04/2010

Penternak Arowana, kemarau punca padi tak menjadi akibat kurang air Empty
PostSubject: aku rasa masalah ni tak le teruk sangat sebb skrg dekat Bukit Merah hari² dah hujan sawah padi area sini pun aku tengok air penuh je dalam bendang cuma paras air tasik bukit merah tu je yg membimbangkan skit sama² ler kita berdoa tapi kalau air banya   Penternak Arowana, kemarau punca padi tak menjadi akibat kurang air Icon_minitimeMon May 03, 2010 11:24 pm

Saya setuju tu, sebenarnya taklah seterukyg disangka, saya pernah terlibat menyediakan laporan kesan aktiviti penternakkan arowana kat Bt. Merah ni daripada aspek teknikal, cuma kat kerian ni kalau musim panas yg berpanjangan akan ada kesan pada petani dan kebetulan baru ni musim kemarau agak panjang tapi taklah kritikal, dan hujan dah mula turun. Dan aspek aras bumi daerah kerian sendiri agak rendah, some portion dibawah paras laut jadi water distribution pada petani tu tak berapa cantek, ada juga keadaan lebat berpanjangan pun akan menyebabkan banjir, ini adalah aspek yg tak boleh di elakkan kecuali Tasek Bt. Merah tu didalamkan. Saya juga kurang pasti impact pada water quality jika projek mendalamkan tasek itu dijalankan bagi tujuan pencegahan banjir tu. Cuma saya berpendapat ada baiknya jika farm2 di Bt. Merah dapat menyedia plan tindakkan jangka panjang umpamanya water recycling & treatment utk tujuan guna semula (untung kan dah byk kan dan tak mahal pun), taklah pembaziran air dijadikan isue oleh pihak2 tertentu dan masing2 kene pikirlah win-win situation lak masa ni. Some aro farm dah establish lamer dah, sampai 10 thn beroperasi. Kalau dulu tak byk farm, skrg ni masyaAllah, kita masing-masing mencari peluang, Alhamdullilah dgn rezeki yg Allah bagi, kan kita sendiri tau akan di persoalkan , adakah kesenangan yg kita dpt ni atas kepayahan org. lain, sendiri mau jawap.
Back to top Go down
Admin
Admin
Admin


Posts : 718
Join date : 07/08/2009
Age : 41
Location : Bukit Merah

Penternak Arowana, kemarau punca padi tak menjadi akibat kurang air Empty
PostSubject: Re: Penternak Arowana, kemarau punca padi tak menjadi akibat kurang air   Penternak Arowana, kemarau punca padi tak menjadi akibat kurang air Icon_minitimeMon May 03, 2010 11:28 pm

ini semua kuasa Tuhan
kita hanya berusaha mencari jalan yg terbaik
kalau air banyak sangat pun masalah gak
kalau air berkurangan pun masalah jugak
sama2 ler berdoa
Back to top Go down
http://arowana.yolasite.com
Sponsored content





Penternak Arowana, kemarau punca padi tak menjadi akibat kurang air Empty
PostSubject: Re: Penternak Arowana, kemarau punca padi tak menjadi akibat kurang air   Penternak Arowana, kemarau punca padi tak menjadi akibat kurang air Icon_minitime

Back to top Go down
 
Penternak Arowana, kemarau punca padi tak menjadi akibat kurang air
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Arowana Kurang Selera
» Kelisa Padi
» Koleksi saya...
» Ikan kurang aktif
» Gold ring kurang menyerlah

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Arowana Shopzone :: Sistem Pawah Kolam Kelisa / Arowana :: Pertanyaan atau Pandangan tentang sistem pawah kolam kelisa / arowana-
Jump to: