As Salam,
Pada pandangan MFF, betta fish tidak memberi apa2 kesan warna pada arowana.
Astaxanthin sejenis pigment carotenoid yg terdapat pada ketam, udang, salmon yg ada berwarna
pink akan memberi kesan kemerah2an pada pemangsa nya jika dimakan selalu. Pada udang,
astaxanthin ni banyak terkandung pada kulit udang. Kalau isi udang takda effect.
Effect kemerahan akan lebih terserlah pada Red Aro.
Contoh...burung Flamingo asal berwarna putih, disebabkan pemakanan utamanya adalah udang bersama
kulit2nya sekali, maka burung Flamingo berwarna pink.
Bagi pemakanan lipan, in the wild tak perlu dibuang sengatnya. MFF pun pernah bagi lipan
yg panjangnya 6 inci kadang2 terjumpa, campak begitu saja. Lipan yg jual di LFS biasanya
dah dibuang sengatnya sebab MFF pernah tanya tokey kedai. Harga lipan mahal sekor rm2 kalo tak silap.
Sengat lipan terdapat dikepalanya, apabila disengat lipan, bisanya (venom) yg datang terkandung dalam badan lipan akan mengalir ke sengatnya, buang sengat atau tidak buang sengat tak menjadi hal kerana
bisanya memang didalam badan lipan dan tidak memudaratkan aro. Mungkin sisik2 Aro licin dan keras maka sukar bagi lipan untuk mengigitnya.
Sekiranya khuatir, boleh la dibuang sengat dikepala dan duri diekornya sepertimana kita membuang
duri2 dikaki cengkerik. Ni jenis yg sayang Aro, maklumla beli aro mahal2. Janganla kita nak menyusahkan
diri mencari lipan or membeli yg mahal, kalau aro dah train makan pellet, pellet cichlid red tu pun
sangat bagus kalau nak merahkan aro.
Sayang Aro/ikan2 pun jangan sampai menyusahkan diri...itu pesan MFF.