mohon pandangan otai2,
Baru2 ini saya telah mengikuti satu sesi penerangan oleh sebuah syarikat.Antara isinyer adalah mereka dibawah kementerian pertanian dan asas tani dan skim yg mereka tawarkan adalah dibawah skim kongsi tani, mempunyai cites dan di bawah perlindungan pidm. dalam website pulak "activities export/import dilakukan secara bekerjasama dengan persatuan penternak arowana".
syarat2 : kena beli 2 ekor - 14000.(saya telah menjelaskan 7000 pada hari yang sama)
tetapi
setelah saya buat background check (direct contact dengan jabatan pertanian (putrajaya dan negeri),skim kepentingan ssm , cites websites ..langsung company tue tak tersenarai....kecuali pendaftaran syarikat dgn ssm.
jadi saya mohon pandangan otai2 dan sekiranyer ader otai2 yg tahu mintak share contact number persatuan penternak arowana so saya boleh confirmkan betul ker company memang ada bergiat dgn persatuan penternak tersebut.
company nie sekarang hari2 tanya biler bleh jelaskan baki 7000 lagi tue...tapi saya terasa macam ragu2 jer...
ini link company tersebut
www semosis com
company - Conserve Media (M) Bhd (971897-D)
terima kasih.