Perbincangan mengenai arowana dan sistem pawah kolam arowana
 
HomeCalendarFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in

Share | 
 

 sungut putus, sirip lambat panjang

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
joeyss



Posts : 29
Join date : 10/02/2013

PostSubject: sungut putus, sirip lambat panjang   Sun Oct 04, 2015 11:06 pm

salam semua

nak tanya, ada tak cara nak bagi sungut arowana cepat tumbuh. ikan saya tu suka buat aksi stunt tengah2 malam. jadi selalu la sungut dia putus.

lepas tu, sirip dia patah dah 10 bulan. tapi pertumbuhan dia sangat slow..

harap ada yang dapat membantu. tq
Back to top Go down
View user profile
MFF



Posts : 48
Join date : 16/03/2015

PostSubject: Re: sungut putus, sirip lambat panjang   Sat Oct 10, 2015 8:55 am

Wa'alaikumussalam,

Dari apa yg bro cerita, aro suka buat stunt dan barbel selalu putus,
Kemungkinan disebabkan

1. Aro ada tankmates tak? Ikan2 yg aggressive selalu kacau aro menyebabkan
aro tu melompat. Kalo ada tankmates.....keluarkan dan asingkan.

2. Aro yg selalu dlm keadaan terang akan takut bila gelap, mula mengelabah
adakala melompat2. Kalau nak tutup lampu, tutup waktu siang semasa masih terang.
atau buka lampu rumah dulu, kemudian baru tutup lampu aqrm.

3. Bila bro cakap aro suka buat stunt dan barbel selalu putus, MFF suspect ini berpunca
dari masalah air aqrm yg tak berkualiti.

Ikan akan cuba melompat keluar dari aqrm sekiranya air aqrm tak sesuai mungkin disebabkan
air kotor, mungkin keracunan ammonia dan nitrite, mungkin pH tak sesuai sebab berubah
mengejut, mungkin kadar nitrate tinggi disebabkan jarang tukar air.

Air yg tak berkualiti juga menyebabkan sirip lambat tumbuh, tumbesaran ikan pun lambat
adakala terbantut.

Kalo barbel putus habis sampai kepangkal licin....memang lama nak tumbuh balik. MFF pernah beli
aro kecik 3 inci takde barbel langsung, putus habis licin...beli jugak sebab murah.
1st barbell tumbuh selepas setahun, 2nd barbell tumbuh setelah 2 tahun. Paling tak syok barbell
dia tumbuh bercapang tak cantik macam kebanyakan barbell yg lurus tegak kedepan.

So kalau putus licin...MFF rasa mau makan masa setahun nak tumbuh balik. kalo putus setengah,
2/3 bulan dah tumbuh. Yg penting air kena berkualiti baru tumbesaran ikan2 cepat.

Macamana nak bagi air aqrm berkualiti?
Air aqrm tak perlu dijaga, air aqrm cuma perlu ditukar sebab kadar nitrate akan bertambah
dlm sesebuah aqrm ( tiada hidupan pokok2 air) melalui proses kitaran nitrogen.

Yg paling penting bro kena jaga adalah Filtration System. That's the heart of the aqrm system.
Kalau filtration system breakdown disebabkan kita tak jaga, cuai atau kurang ilmu, your whole
aqrm beneficial bacteria dan ikan2 akan mengalami masalah.

Jaga filtration system baik2 dan automatik ia akan menjaga air aqrm kita menjadi berkualiti.
Bila air berkualiti, MFF pasti ikan takkan melompat2 lagi dan barbel n sirip akan cepat tumbuh.

MFF rasa bro joeyss punya filtration system ada masalah.





Back to top Go down
View user profile
joeyss



Posts : 29
Join date : 10/02/2013

PostSubject: Re: sungut putus, sirip lambat panjang   Fri Oct 16, 2015 8:49 am

TQ bro MFF..

susah nak kata juga aro saya ni, dia duduk sekor-sekor je dalam akuarium tu. ada masa je dia dok melompat2.. tapi biasa t/malam.. setakat ni nampak dah pertumbuhan barbell. cuma slow..
Back to top Go down
View user profile
MFF



Posts : 48
Join date : 16/03/2015

PostSubject: Re: sungut putus, sirip lambat panjang   Wed Oct 21, 2015 3:28 am

Betul jugak tu bro Joeyss..susah nak kata, macam2 sebab boleh buat aro melompat2.
Mungkin tengah berlatih akrobatik kot lol!

Bro punya filtration system camana? Sump tank ker ontop box filter?

Semakin kecik filtration system kita, semakin kuat mau jaga..kena hati2
bila mencuci filter media, lebih2 lagi kalo bare tank.
Back to top Go down
View user profile
joeyss



Posts : 29
Join date : 10/02/2013

PostSubject: Re: sungut putus, sirip lambat panjang   Mon Nov 02, 2015 12:28 am

MFF wrote:
Betul jugak tu bro Joeyss..susah nak kata, macam2 sebab boleh buat aro melompat2.
Mungkin tengah berlatih akrobatik kot lol!

Bro punya filtration system camana? Sump tank ker ontop box filter?

Semakin kecik filtration system kita, semakin kuat mau jaga..kena hati2
bila mencuci filter media, lebih2 lagi kalo bare tank.
salam bro.. aro saya baru meninggal dunia..
sedih sangat.. saya guna filter biasa yang jenis atas tu
masa nak tukar 1/4 air, filter jatuh dlm akuarium. abis air berkeladak.. terus saya tukar 80% air.. lepas tu saya tengok dia berenang lain macam dan mata naik berkabus. terus angkat keluar masuk baldi. tapi dia dah tercungap-cungap.

may be air over klorin rasanya. menyesal tak sudah..

ni dah kemas akuarium, letak luar rumah. nak rehat 2-3 bulan.. lepas tu baru nak cari aro baru
Back to top Go down
View user profile
MFF



Posts : 48
Join date : 16/03/2015

PostSubject: Re: sungut putus, sirip lambat panjang   Tue Nov 03, 2015 5:00 am

Wa'alaikumussalam,

MFF pon turut simpati atas kematian aro Joey.

Biasala tu kalo bela ikan, ada yg mati dan jangan sedih2 sangat, kena tabah.
Anggap la aro tuu dah sampai ajal nya.

Yang penting bro, kita kena belajar dari kesilapan dan mengenal pasti
dimana silapnya supaya tak berulang.

Kalo bro Joey ada pasang niat nak cari aro 2/3 bulan lagi. MFF cadangkan Joey
terus running kan aqua yg ada dgn bela ikan puyu...prosedur set-up aqrm
ini dinamakan "cycling the tank"

Air aqrm mengambil masa utk stabil (complete nitrogen cycle) lebih kurang 1-2 bulan.
Jangkamasa air stabil bergantung pada cara2 kita membuat tank cycling.
Bila dah ready nak ambik aro, masa tu air aqrm bro dah betul2 stabil dan matang.
Inshaa Allah takde masalah NTS. Puyu tu boleh buang or bela tempat lain.

Proses "cycling the tank" ini utk mengelakkan ikan terkena keracunan ammonia n nitrite
disebabkan New Tank Syndrome.

Mana2 aqrm yg baru set-up tank dibawah 2 bulan, kalo ada masalah...ikan tak aftif, tak nak
makan, tercunggap2, dok diam kat dasar, closed fins ,dll...besar kemungkinan disebabkan NTS.

Kalo bro Joey ada kemushkilan tak tau dimana silapnya, MFF boleh bagi pandangan,
just feel free to ask.
Back to top Go down
View user profile
^MoloT0V*Lan^



Posts : 2190
Join date : 16/08/2013
Age : 74
Location : BINTULU, SARAWAK

PostSubject: Re: sungut putus, sirip lambat panjang   Wed Jun 29, 2016 10:08 am

joeyss wrote:
MFF wrote:
Betul jugak tu bro Joeyss..susah nak kata, macam2 sebab boleh buat aro melompat2.
Mungkin tengah berlatih akrobatik kot lol!

Bro punya filtration system camana? Sump tank ker ontop box filter?

Semakin kecik filtration system kita, semakin kuat mau jaga..kena hati2
bila mencuci filter media, lebih2 lagi kalo bare tank.
salam bro.. aro saya baru meninggal dunia..
sedih sangat.. saya guna filter biasa yang jenis atas tu
masa nak tukar 1/4 air, filter jatuh dlm akuarium. abis air berkeladak.. terus saya tukar 80% air.. lepas tu saya tengok dia berenang lain macam dan mata naik berkabus. terus angkat keluar masuk baldi. tapi dia dah tercungap-cungap.

may be air over klorin rasanya. menyesal tak sudah..

ni dah kemas akuarium, letak luar rumah. nak rehat 2-3 bulan.. lepas tu baru nak cari aro baru

adusss, harap kau tak putus asala bro, bela benda hidup mmg camtu... kena belajar cara nak WC lagi ni bro... scratch
Back to top Go down
View user profile
Sponsored content




PostSubject: Re: sungut putus, sirip lambat panjang   Today at 7:54 am

Back to top Go down
 
sungut putus, sirip lambat panjang
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Arowana Shopzone :: Perbincangan mengenai ikan arowana :: Bincang atau kongsi pengetahuan anda mengenai cara penjagaan ikan arowana-
Jump to: