Arowana Shopzone
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


Perbincangan mengenai arowana dan sistem pawah kolam arowana
 
HomeLatest imagesSearchRegisterLog in

 

 Ekstrak serai cegah penyakit ikan (dari Akhbar Metro)

Go down 
AuthorMessage
Afiq86

Afiq86


Posts : 21
Join date : 10/12/2012
Age : 37
Location : Taman Equine

Ekstrak serai cegah penyakit ikan (dari Akhbar Metro) Empty
PostSubject: Ekstrak serai cegah penyakit ikan (dari Akhbar Metro)   Ekstrak serai cegah penyakit ikan (dari Akhbar Metro) Icon_minitimeFri Aug 02, 2013 7:54 am

Salam sume..sy nk shared pembacaan dari akhbar metro 22/7/2013..

Ekstrak serai cegah penyakit ikan

Oleh Mohd Sabran Md Sani

Industri akuakultur ikan laut tidak terlepas daripada ancaman pe­nyakit yang menyebabkan kematian spesies itu dalam kolam, tangki dan sangkar.

Ia berpunca daripada serangan parasit, bakteria dan virus. Serangan itu menyebabkan ikan ternakan mengalami pendarahan pada badan dan sirip.

Setakat ini, pengusaha industri akuakultur meng­gunakan formalin bagi merawat ikan yang terkena serangan parasit.

Biarpun dos formalin digunakan mengikut sukatan dibenarkan, penggunaan­nya secara berleluasa memberi kesan kepada manusia terutamanya penyakit kanser.

Penyelidik Pusat Penyelidikan Ternakan Air Payau (FRI), Gelang Patah, Johor, Jabatan Perikanan, Fadzilah Yusof, mempu­nyai formula menyelesaikan masalah itu menggunakan ekstrak serai.

Ia mendapat bantuan pegawai penyelidik, Azmi Rani serta kakitangan sokongan selain dana Jabatan Perikanan bernilai RM3,000 tahun lalu dan RM10, 000 tahun ini.

Katanya, idea menghasilkan kajian itu selepas melihat penderitaan dihadapi pengusaha industri akuakultur apabila ternakan mereka diserang parasit dan bakteria.

“Saya dapati bahan penting agen terapeutik ialah serai atau nama saintifik­nya Cymbopogon citratus”.“Serai mudah diperolehi, tidak mahal dan mampu bertindak balas terhadap spektrum patogen yang luas,” katanya.

Bahan antibakteria terkandung dalam serai boleh digunakan untuk tujuan farmaseutikal manakala minyak serai ada ciri-ciri anti kulat.

Kajian awal di makmal mendapati serai berkesan untuk menghalang parasit yang menyerang siakap dalam tangki.

Ekstrak serai akan dicampurkan bersama air bersih ke dalam tangki ikan untuk merawat ikan berpenyakit.

“Meskipun kajian masih dijalankan, ia menunjukkan hasil yang positif,” katanya.

Ikan yang diserang parasit mudah dikenali melalui sisik yang tertanggal, sirip mereput dan warnanya yang cerah bertukar gelap.

Katanya, penyelidikan menggunakan serai adalah rawatan alternatif kerana menggunakan bahan semula jadi.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/22

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Ekstrakseraicegahpenyakitikan/Article/index_html

Agak2 bleh ke letak ekstrak serai dalam tank arowana kalu ade masalah parasit..
Back to top Go down
 
Ekstrak serai cegah penyakit ikan (dari Akhbar Metro)
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» ape ek penyakit ikan aku? uhuhu.. bro2 skalian.. tlg tilik ikan aku ni..
» Bawa ikan arowana ke Sabah dari semananjung...
» penyakit mata jatuh @ eye drop
» ikan bndarya & ikan kelisa
» ikan tahan berapa hari kalau xmakan? ikan 4inci...

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Arowana Shopzone :: Perbincangan mengenai ikan arowana :: Bincang atau kongsi pengetahuan anda mengenai cara penjagaan ikan arowana-
Jump to: